Saya dengan ini mengesahkan bahawa semua keterangan maklumat yang diberikan akan digunakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (“Prasarana”) bagi tujuan pengambilan untuk apa-apa jawatan yang dipohon. Saya dengan ini juga memberi kebenaran Prasarana (bagi tujuan yang berkaitan)untuk:
- Membuat pertanyaan dan mengumpul maklumat melalui sumber yang difikirkan bersesuaian.
- Menyimpan salinan slip gaji dan resume.
Saya dengan ini mengesahkan bahawa semua keterangan dan maklumat yang diberikan di dalam permohonan ini dan resume yang diberikan semasa penilaian dan / atau proses temuduga adalah benar dalam semua perkara dan termasuklah maklumat berkaitan dengan kesihatan, kelayakan atau salah laku jenayah bagi membolehkan Prasarana untuk membuat penilaian yang tepat berkaitan dengan permohonan saya.
Saya juga memahami sekiranya saya atau orang lain sebagai sumber rujukan tidak memberikan maklumat yang benar, permohonan saya akan ditolak dengan serta-merta. Saya juga faham bahawa sekiranya saya telah ditawarkan untuk bekerja dan selepas itu didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar, maka Prasarana berhak mengambil tindakan yang sewajarnya dan / atau menamatkan perkhidmatan dengan serta-merta.